Pengikut

Nuffnang

Isnin, 14 April 2014

Jasindaily Online

sumber :-

Jasindaily Online


MEDIA KERAJAAN LEBIH BERANI DARI MENTERI ??

Posted: 13 Apr 2014 07:47 PM PDT

KUALA LUMPUR: Memasuki hari ke-35 pencarian pesawat MH370, jika mengambil kira kenyataan penuh sedih Perdana Menteri sebelum ini yang mengatakan pesawat itu dikesan kali terakhir di sebuah kawasan sunyi di selatan Lautan Hindi serta jauh daripada mana-mana landasan yang dalam bahasa mudahnya bermaksud ianya telah terhempas dan tiada yang terselamat, tetapi media arus perdana dah milik kerajaan sendiri seperti menafikan kenyataan Najib itu.
"Ada media arus perdana turut meragui pesawat itu terhempas dengan mengaitkan penglibatan CIA dengan kehilangan itu yang lebih dipercayai dengan teori rampasan," tulis Shahbudin Husin di dalam blognya. Menurutnya, hujah yang digunakan pula amat mudah iaitu jika bangunan WTC di New York boleh dimusnahkan, apalah halnya dengan hanya sebuah pesawat. Berikut tulisan penuh beliau. Setelah masuk hari ke-35 pencarian pesawat MH370 yang masih hilang, nampaknya makin banyak karut-marut dan perkara yang mengelirukan orangramai berlaku dalam operasi itu. Selain banyak isyarat ping yang kononnya dikesan tetapi akhirnya hilang begitu saja, beberapa objek yang dulunya dikesan begitu banyak di Lautan Hindi dan dipercayai daripada pesawat yang hilang itu, semuanya kini tiada khabar berita lagi. Operasi pula kini seolah-olah lebih menumpukan untuk mencari kotak hitam pesawat manakala pencarian badan kapalterbang yang jauh lebih besar daripada kotak hitam, tidak lagi menjadi keutamaan. Begitu juga dengan mencari mayat-mayat penumpang yang seramai 239 itu seperti tidak lagi menjadi penting. Belum pun kotak hitam ditemui, pemangku Menteri Pengangkutan berkata, Peguam Negara kini sudah pun berada di United Kingdom untuk membincangkan mengenai hak keatas kotak hitam itu. Sekali lagi orangramai jadi keliru, bukankah jika membeli pesawat, ia termasuk kotak hitamnya sekali? 

 Dan kenapa pula kerajaan begitu bersungguh-sungguh untuk menuntut hak ke atas kotak hitam itu? Apakah akan jadi nanti sekiranya hanya kotak hitam ditemui tetapi tiada langsung serpihan pesawat atau cebisan mayat penumpang yang ditemui? Tentulah ada yang bertanya, dari mana pula datangnya kotak hitam itu? Atau bagaimana pula jika ketiga-tiganya, kotak hitam, pesawat dan mayat langsung tidak ditemui sampai bila-bila? Meskipun semua orang mahukan kebenaran mengenai apa yang sebenarnya berlaku, tetapi kepentingan waris mangsa tidak seharusnya dilupakan. Waris mangsa hanya mahukan pengesahan jika ada kematian, mestilah ada sekurang-kurangnya cebisan mayat yang ditemui atau jika terhempas, mestilah ada serpihan pesawatnya? Oleh itu, sementara kotak hitam dicari, tumpuan kepada pesawat dan nasib penumpangnya haruslah juga seimbang. Dalam masa yang sama, memasuki hari ke-35 ini juga, jika mengambil kira kenyataan penuh sedih Perdana Menteri sebelum ini yang mengatakan pesawat itu dikesan kali terakhir di sebuah kawasan sunyi di selatan Lautan Hindi serta jauh daripada mana-mana landasan yang dalam bahasa mudahnya bermaksud ianya telah terhempas dan tiada yang terselamat, tetapi media arus perdana dah milik kerajaan sendiri seperti menafikan kenyataan Najib itu. Ada media arus perdana turut meragui pesawat itu terhempas dengan mengaitkan penglibatan CIA dengan kehilangan itu yang lebih dipercayai dengan teori rampasan. Hujah yang digunakan pula amat mudah iaitu jika bangunan WTC di New York boleh dimusnahkan, apalah halnya dengan hanya sebuah pesawat. Terdapat pula media yang membuat spekulasi bahawa pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid ada menghubungi seseorang yang tidak dapat dikesan ketika pesawat itu terbang rendah di sekitar Pulau Pinang. Kedua-dua spekulasi ini cuba menghidupkan teori rampasan berbanding terhempas. 

 Semua teori dan spekulasi ini datangnya daripada media arus perdana dan dimiliki oleh kerajaan. Ia nampak terang-terang cuba menolak kesimpulan yang dibuat oleh Perdana Menteri yang turut menjaga kepentingan tempat mereka bekerja yang sebelum ini mengatakan MH370 telah terhempas dan tiada penumpangnya yang selamat. Meskipun Hishammuddin menolak kedua-dua teori itu dan bekas Duta AS, John Mallott juga memperlekeh teori konspirasi CIA itu sebagai bukti kewartawanan yang menulis berdasarkan rekaan, paranoid dan perkauman, hakikatnya selepas lebih sebulan kehilangan pesawat itu menjadi misteri, akhbar milik kerajaan sendiri tidak percaya dengan kerajaan. 

Jika sebelum ini, Hishammuddin memberi amaran kepada media agar jangan membuat sebarang spekulasi dan salah lapor serta mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang, kini media naungan kerajaan sendiri yang berbuat demikian. Bahkan keghairahan mereka ke arah itu melebihi media baru. Perlakuan mereka ini bukan saja memalukan kerajaan tetapi juga mencabar kewibawaan seorang Perdana Menteri yang sebelum ini terang-terang yakin bahawa pesawat itu telah terhempas. Tetapi apabila media kerajaan sendiri kebelakangan ini lebih ghairah berspekulasi dan membuat bermacam-macam teori, jawapan Hishammuddin cukup mudah, "seperti media barat, mereka juga bebas melaporkan apa saja. Tetapi akhirnya, jika laporan itu tidak benar, mereka akan hilang kredebiliti". Senang dan santai saja jawapannya bila terkena batang hidung sendiri. Persoalannnya, mana janji saman dan ambil tindakan undang-undang yang begitu garang dilaungkan sebelum ini? Mana pula peranan Peguam Negara yang kononnya sudah mula mengumpul bukti mengenainya sejak hari pertama kehilangan MH370 lagi?

Takziah : Pak Hamid Wira Unit Amal

Posted: 13 Apr 2014 07:46 PM PDT

Saya mendapat khabar sedih pemergian mengejut Abdul Hamid bin Abdul Kadir (Pak Hamid) Ketua jurulatih kawad kebangsaan Jabatan AMAL dari Johor ke rahmatullah pagi tadi jam 10 pagi. Beliau dikatakan sedang mengadakan latihan kepada anggota AMAL dalam program kursus kepimpinan AMAL di Sepang dan rebah secara tiba-tiba dan kemudiannya disahkan meninggal dunia. Dalam usianya 59 tahun beliau mengabadikan dirinya kepada perjuangan Islam dan memilih AMAL sebagai medan kebaktiannya. 


Beliau adalah anggota AMAL terlatih, dedikasi, sabar dan komited terhadap tugasannya. Beliau sanggup meredah hutan, mengharungi banjir dan lumpur untuk hadir dan bertugas di mana lokasi di arahkan. Menjaga lalulintas, parkir, menjaga keselamatan dan kebersihan dalam sesuatu program besar PAS tidak menjadikan beliau kekok dan jemu dengan tugasannya itu. Demi jemaah, dalam usia senja itu beliau gagahkan diri bersama anak-anak muda yang jauh 20 tahun dari usianya.

Allahyarham Pak Hamid adalah ikon anak-anak muda. Beliau jugalah ikon kebanggaan AMAL. Beliau adalah contoh insan ikhlas berjuang demi Islam. Tanpa nama dan kedudukan tinggi, Pak Hamid tidak kejarkan pangkat, kedudukan dan jawatan dalam PAS. Perjuangan Islam dengan mencapai keredhaan Allah adalah matlamat utama PAS dan Pak Hamid telah membutikannya. Bertepatan dengan slogan yang selalu didendangkan AMAL iaitu Allah matlamat kami, Rasulullah pedoman kami, Al Quran panduan hidup kami, jihad adalah jalan juang kami dan mati di jalan Allah adalah cita-cita kami dan Pak Hamid telah membuktikan kata-katanya untuk hidup dan mati di jalan Allah. 

 Pemuda PAS Malaysia (PPM) mendoakan semoga Allah menerima amal Allahyarham dan diangkat sebagai para syuhada di jalanNya. Semoga keluarga Almarhum Pak Hamid tabah menghadapi ujian yang melanda ini. Berehat dan bergembiralah almarhum di alam sana dengan nikmat yang dijanjikan setelah menumpahkan seluruh kehidupan untuk Islam dan kami sentiasa mencemburui kehidupan beliau.

Rupanya CIA Tahu Kisah Sebenar MH370

Posted: 13 Apr 2014 07:42 PM PDT

WASHINGTON - Seorang penulis berasal dari Amerika Syarikat (AS) yang juga penyiar radio tempatan, Dr Kevin Barrett mempercayai bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS mengetahui perihal sebenar apa yang terjadi kepada pesawat MH370. Dr Kevin, pemegang Doktor Falsafah Arab-Islamoligi dan pengkritik Perang dan Keganasan terkenal Amerika menyatakan pendapat itu menerusi saluran Press TV, semalam."Kehilangan pesawat itu tidak masuk akal. Ia tidak mungkin hilang begitu saja," katanya.
Menurutnya, beberapa individu di pangkalan CIA di Alice Springs, Australia tahu mengenai perihal sebenar mengenai pesawat itu. "Maka itu kerajaan Malaysia meminta mereka untuk membantu, namun sehingga kini Malaysia tidak mendapat sebarang respons," katanya.Beliau juga bertegas bahawa terdapat individu yang menutup perkara sebenar dalam kejadian ini. "Sesuatu tidak logik apabila timbul maklumat mengenai pesawat terbabit mengubah haluan, terbang ke arah yang salah dengan beberapa penduduk terlihat ianya terbang rendah di sekitar Kepulauan Maldives lalu menuju ke Diego Garcia dan hilang begitu sahaja."Perkara ini sangat aneh dan tidak masuk akal," katanya menurut laporan Mirror. ~sh

Menteri Ramal BN Bakal Kalah PRU14?

Posted: 13 Apr 2014 07:41 PM PDT

Anggota-anggota Umno perlu sedar yang Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) akan lebih mencabar dengan kecenderungan pihak pembangkang mempolitikkan apa jua isu untuk meraih sokongan rakyat, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Hasan Malek (gambar). Oleh itu Hasan, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata segala masalah rakyat haruslah diselesaikan segera dan jangan menunggu sehingga saat-saat akhir, baharu mereka hendak bertemu rakyat. 


 Anggota-anggota Umno juga diingatkan supaya memainkan peranan penting dalam menjelaskan kepada rakyat mengenai belang politik pembangkang yang sebenar jika mereka memerintah negara ini untuk memberi kesedaran kepada pengundi-pengundi, katanya ketika bertemu dengan pemimpin-pemimpin Umno Bahagian Gelang Patah di Johor Baharu hari ini. Beliau berkata:"Walaupun Barisan Nasional (BN) tewas dalam merebut kerusi Parlimen Gelang Patah pada pilihanraya umum yang lepas, kita tidak harus patah semangat.

 Kita harus terus berjuang bagi mempertahankan Johor sebagai salah satu negeri yang menjadi kubu kuat BN." Selain itu, beliau berkata konsep perkongsian kuasa dengan kaum-kaum lain menerusi parti-parti komponen seperti MCA, MIC dan lain-lain, akan diteruskan bagi memastikan kesemua kaum mendapat manfaatnya. ~tmi

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan