Pengikut

Nuffnang

Khamis, 10 April 2014

Jasindaily Online

sumber :-

Jasindaily Online


Audit: 41.9% lot kedai Melaka Sentral diusaha warga asing

Posted: 10 Apr 2014 06:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Lot kedai di Melaka Sentral yang sepatutnya diusahakan oleh warga bumiputera sebaliknya diberi keutamaan kepada peniaga dalam kalangan warga asing. Menurut Laporan Ketua Audit Negara, Melaka Sentral Sdn. Bhd. (MSSB) milik penuh Kerajaan Negeri Melaka mendapati, 13 daripada 31 lot kedai atau 41.9% adalah terdiri daripada warga asing melibatkan empat buah syarikat. 

Semakan Audit selanjutnya mendapati permohonan sewa lot telah dibuat atas nama syarikat di mana pegangan saham juga dimiliki oleh warga tempatan yang majoritinya adalah pasangan kepada warga asing berkenaan. Pengesahan daripada Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Melaka bertarikh 20 November 2013,
menunjukkan empat daripada enam pemegang saham dalam empat syarikat berkenaan adalah pemegang pas lawatan sosial dan pemegang pas penggajian yang telah tamat tempoh serta berdaftar dengan syarikat lain dalam sektor pembinaan. Antara visi MSSB adalah menyediakan peluang perniagaan kepada penduduk Negeri Melaka melalui penyediaan Kompleks perniagaan. Kerajaan Negeri juga telah menetapkan kuota bilangan peniaga di Kompleks adalah 60% untuk bumiputera dan 40% untuk bukan bumiputera. Lawatan Audit mendapati 31 daripada 247 atau 12.6% lot menjalankan perniagaan menjual tudung dan pakaian Muslimah. 

 Pihak Audit juga mendapati, pemilihan penyewa lot kedai tidak melalui proses temu duga sebagaimana berdasarkan Standard Operating Procedure (SOP). "Semakan Audit mendapati 2 lot kedai iaitu KM5 dan KM7 telah ditawarkan kepada penyewa baru tanpa melalui proses temu duga sebaliknya telah dipilih berdasarkan cadangan daripada penyewa terdahulu. Ini menyebabkan peniaga lain tidak mempunyai peluang untuk menjalankan perniagaan," katanya. Audit berpendapat, peluang perniagaan di dalam terminal kompleks kepada penduduk Negeri Melaka adalah baik tetapi MSSB perlu lebih berhati-hati dan serius supaya lot-lot perniagaan tidak jatuh ke tangan warga asing atau di sublet agar objektif penubuhan MSSB dalam meningkatkan taraf ekonomi golongan bumiputera tercapai. 

 Syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Melaka dengan modal yang dibenarkan berjumlah RM10 juta. Manakala modal berbayar sejumlah RM1 juta. MSSB dimiliki oleh Perbadanan Ketua Menteri Melaka (70%) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (30%). Melaka Sentral Sdn. Bhd. (MSSB) yang dahulunya dikenali sebagai Kumpulan Melaka Development Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 9 Februari 2004.

Jom Berdondang Sayang di Melaka!

Posted: 10 Apr 2014 06:45 AM PDT

INI bukan ajak-ajak ayam. Ini serius. Lebih serius lagi apabila acara dondang sayang ini diadakan di Dewan PAS Bukit Katil, Melaka pada malam minggu ini.
Dondang sayang memang salah satu warisan tradisi kesenian orang Melaka. Ia diadakan bersempena program Express Budaya, Ziarah Seni anjuran Lujnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat ke negeri Melaka.
Program ini akan turun ke setiap negeri bagi mengangkat aktiviti kebudayaan dan kesenian popular sebagai satu medium yang mendidik masyarakat memahami keadilan dan perjuangan mewujudkan sebuah negara yang berdaulat.
Setiap negeri memiliki keunikan dalam tradisi persembahan mereka. Dondang Sayang adalah salah satu keunikan yang dimiliki oleh Melaka. Seperti juga Johor, mungkin tarian 'Kuda Kepang', 'zapin' dan 'ghazal' merupakan keunikan negeri Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS.
Jika di Kelantan, semua boleh menerima bahawa dikir barat adalah made in Kelantan. Dalam siri lawatan itulah, kami berhasrat untuk berusaha mengubah pendekatan persembahan yang bersifat hiburan semata-mata kepada matlamat yang lebih jauh daripada itu.

Tidak ramai yang minat dengan irama dondang sayang berbanding dengan irama pop atau rock. Lagipun, tak sesuai untuk dibuat perbandingan antara pop dengan dondang sayang.  Menganjur acara kesenian memang mencabar. Bagaimana untuk menterjemahkan konsep kebudayaan dan kesenian dengan nafas agama. Pengiat seni pun ramai yang keliru.
Ramai yang lebih cenderung menghukum daripada mencadangkan sesuatu yang konkrit pada pengiat seni. Sebenarnya terlalu banyak program kebudayaan dan kesenian yang hendak dibuat. Biarlah sedikit demi sedikit asal ada kemajuannya.


uniknya dondang sayang
Awalnya kami bercadang menggunakan 'Malam Kesenian dan Kebudayaan Islam' sebagai tajuk program tetapi terlalu tipikal.  Saya cadangkan agar pihak tuan rumah mencari istilah lain yang ada daya tarikan dan memberi makna besar kepada perjuangan dan negeri Melaka sendiri.
Melaka memang terkenal dengan dondang sayang. Mengapa tidak diketengahkan sahaja irama tradisi itu yang semakin ditelan kemajuan? 
Penyanyi sekarang pun sudah tidak membawa irama ini. Tetapi itulah uniknya dondang sayang. Selain irama muziknya yang tersendiri, dondang sayang mengandungi kekuatan susunan bahasanya yang unik.
Ada dondang sayang hanyalah lirik yang dihafal, tetapi persembahan dondang sayang yang hebat apabila penyanyinya mencipta bait-bait pantun secara spontan. Inilah lebihnya orang Melaka. Mereka miliki tradisi muzik dan bahasa yang indah.
Masyarakat Melaka adalah contoh masyarakat yang mengasimilasikan pelbagai budaya menjadi sebuah budaya mereka sendiri. Contohnya, irama dondang sayang yang lebih dikaitkan dengan kaum Baba dan Nyonya merupakan kombinasi budaya Cina Peranakan, Melayu dan Portugis.
Dondang Sayang adalah sebuah warisan yang mendapat pengaruh kebudayaan Portugis yang pernah menjajah bumi Melayu Melaka pada kurun ke 15. Walaupun dondang sayang dipopularkan oleh kaum Baba dan Nyonya tetapi sekarang ia sudah dikongsi oleh orang Melayu sendiri. Ini mengingatkan saya dengan penyanyi 70-an yang terkenal, Andre Goh. Beliau seorang Baba Nyonya yang memiliki kebolehan menyanyi lagu-lagu asli Melayu seperti 'dondang sayang', keroncong dan joget.  
Bayangkan jika ramai penyanyi bukan Melayu membawakan irama muzik Melayu. Andre Goh tidak akan menjadi 'Melayu' hanya kerana dia boleh membawa irama muzik Melayu. Tetapi itulah gambaran masyarakat Malaysia yang sebenarnya. Menjadikan Melayu sebagai salah satu teras kepada kebudayaan nasional tanpa menafikan kebudayaan kaum lain.


berbalas pantun
Persembahan dondang sayang melibatkan pemain biola, flute, rebana, arkodian, gong dan dua penyanyi. Penyanyi biasanya akan berbalas pantun sama ada pantun yang dihafal atau pantun spontan. Sebagai sebuah irama yang lebih bersifat santai dan gembira, muzik dondang sayang dikategorikan sebagai sebuah irama yang rancak.  Bersantai kerana irama muziknya tidak terlalu kompleks dan mudah diikuti.
Marilah kita saksikan bagaimana PAS sebagai sebuah parti Islam menganjurkan program dondang sayang.
Sewaktu Muktamar PAS lepas di Shah Alam, kecoh sekejap tentang persembahan rock metal anak-anak muda di pentas karnival di luar stadium.
Saya sudah jelaskan isu tersebut semasa sesi penggulungan pada hari terakhir muktamar. Memang ramai yang membantah dan mengkritik persembahan itu.  Rock metal seperti itu mungkin sesuai untuk orang muda dan 'orang tua' agak sukar menerimanya.
Walau bagaimanapun persembahan irama dondang sayang yang akan diadakan di Melaka sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat. Bagi anak-anak muda, inilah waktunya pendedahan kepada mereka tentang warisan tradisi orang Melaka. Bagi orang tua, inilah waktu melepas rindu zaman muda dulu.
Abang Yasin, Pengerusi Lujnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Melaka memberitahu bahawa, akan ada persembahan Qasidah Melaka. Katanya, Qasidah Melaka berbeza dengan qasidah-qasidah di negeri lain. 


qasidah Melaka
Tujuan persembahan qasidah adalah untuk memuji-muji nabi Muhammad s.a.w dengan lirik yang puitis di samping diringi muzik tradisional seperti rebana, kompang, gong dan sebagainya. Muziknya boleh diubah suai dengan muzik moden.
Di Indonesia, ada kumpulan qasidah menggunakan live band sebagai latar belakang muzik mereka bahkan menggunakan sistem pembesar suara dan lampu yang canggih. Qasidah yang boleh menarik orang ramai biasanya bergantung kepada sejauh mana kehebatan ciptaan melodinya.
Lirik qasidah biasanya dalam bahasa Arab dan tidak banyak mempengaruhi pemahaman orang ramai. Kelebihan qasidah Habib Sheikh Abdul Qadir As Saggaf kerana melodinya. Beliau memang hebat mencipta satu melodi ringkas tetapi bertenaga.
Sekarang ini qasidah sudah menjadi salah satu trend acara keagamaan. Ramai tekong bagi acara ini diterbangkan khas dari Tanah Seberang.
Sebenarnya tidaklah perlu bergantung pada pak habib seberang untuk menjadi tekong. Ramai orang tempatan boleh jadi tekong qasidah. Bukan ada masalah dengan pak-pak habib dari Tanah Seberang. Silakan.
Malam 'Dondang Sayang' juga akan memberi peluang beberapa penyair muda membacakan sajak mereka. Agak rojak sikit acara malam itu. 
Selamat datang.

Panas!! Perisikan Russia Dedah Lokasi Sebenar MH370, Bukan Di Lautan Hindi

Posted: 10 Apr 2014 12:02 AM PDT

Sumber perisikan Rusia mendakwa MH370 yang dikatakan telah terhempas di Lautan Hindi sebenarnya telah dirampas dan dilarikan ke Afghanistan, berhampiran sempadan Pakistan.Menurut akhbar The Sun, sumber yang rapat denfan FSB (badan perisikan Rusia) memberitahu akhbar negara itu; "Semua penumpang masih hidup, mereka telah dibahagikan kepada 7 kumpulan dan hidup dalam pondok tanah dengan hampir tiada makanan,".Kenyataan itu bagaimanapun belum dapat disahkan sepenuhnya. Kehilangan MH370 sejak 8 Mac bulan lalu adalah misteri terbesar dunia.

Kapal berkenaan hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.Misi pencarian membabitkan pelbagai negara digerak bagi menjejaki pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkemistan ke utara Thailand dan koridor selatan, meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.Susulan analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini, satelit Inmarsat milik syarikat telekomunikasi United Kingdom dan AAIB merumuskan Penerbangan MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi ke barat Perth, Australia.

Pada 24 Mac, 17 hari selepas pesawat itu hilang, kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".Kawasan pencarian bagi pesawat MH370 kini ditumpukan ke satu kawasan kira-kira 1,100 kilometer ke barat Perth, Australia berdasarkan nasihat terkini kumpulan penyiasat antarabangsa.Pada peringkat ini, kesemua 239 anak kapal dan krew dianggap telah meninggal dunia. ~addin77

Israel Tawar USD 80 Juta pada As-Sisi

Posted: 09 Apr 2014 11:55 PM PDT


Israel Tawarkan As Sisi 80 Juta USD Untuk Kempen Pilihanraya Presiden. Sumber dari pihak keselamatan Mesir mendedahkan maklumat pertemuan antara wakil tentera Mesir dan Israel yang berlangsung 2 minggu lalu.

Sumber yang sama juga membongkar dua lawatan rahsia oleh pemimpin kudeta Mesir dan calon presiden, Jeneral As-Sisi ke Israel pada 2 bulan lepas, dimana beliau bertemu dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk menyelaras usahasama keselamatan dan isu-isu politik.

Dalam kenyataan eksklusif kepada agensi berita Quds Press, sumber tersebut menyatakan Netanyahu menawarkan as-Sisi bantuan 80 Juta USD untuk kempen pilihanraya presiden beliau. Beliau turut menjanjikan untuk meyakinkan AS untuk meneruskan bantuan ketenteraan di Mesir, dan meyakinkan Obama untuk bertemu As-Sisi sebagai balasan dari tekanan terhadap Abbas untuk menerima Keyahudian Israel. Tambahan pula, Netanyahu mendesak as-Sisi untuk menekan Abbas menghentikan kempen beliau menentang Dahlan, kerana perkara tersebut hanya akan menguntungkan IM dan Hamas.

Pada pertemuan terakhir mereka, kedua-dua pihak tersebut membincangkan beberapa isu keselamatan. Israel menggesa Mesir agar tidak mengendahkan kewujudan pasukan Dahlan di Sinai, dan berkoordinasi dengan mereka demi keselamatan sempadan, kerana pengalaman bernilai mereka (Mesir) dalam perkara ini.

Sebilangan pakar politik dan keselamatan Israel memberi amaran kepada kerajaan mereka untuk tidak secara terang menyokong As-Sisi kerana hal ini semestinya akan menjejaskan imej beliau di mata orang Mesir, tambah sumber itu lagi. [Ph]

Sumber : MiddleEastMonitor

Isu Bendera Israel Di Tuaran, Sabah

Posted: 09 Apr 2014 11:53 PM PDT


AQSA SYARIF peka dengan isu bendera Israel yang dikibarkan di Hotel Raintree Beach Resort di Tuaran, Sabah sepertimana yang digembar-gemburkan menerusi portal berita dan laman sosial. 

AQSA SYARIF telah mendapatkan maklum-balas daripada pihak pengurusan Raintree Beach Resort berhubung dengan perkara ini. AQSA SYARIF mendapati bahawa isu ini berpunca daripada kelemahan pihak pengurusan resort yang kurang peka dengan sensitiviti masyarakat terhadap konflik Palestin-Israel. Pihak pengurusan resort telah mengakui kesilapan mereka membiarkan bendera Israel ini berkibar di luar pengetahuan mereka sejak Januari 2014 sebelum disedari oleh orang awam semalam (7 April 2014).

AQSA SYARIF menghargai tindakan segera pihak resort menurunkan bendera Israel tersebut sejurus selepas isu ini dibangkitkan. Namun, kami berharap pihak resort akan lebih peka dan sensitif dengan isu seperti ini di masa-masa akan datang.

AQSA SYARIF menyeru seluruh warga masyarakat untuk terus mempertingkatkan kesedaran tentang isu kemanusiaan di Palestin agar hal seperti ini tidak berulang lagi.

Prof. Madya Dr Hafidzi Mohd Noor

KEKREATIFAN WARGA PALESTIN YANG DIGERUNI ISRAEL

Posted: 09 Apr 2014 11:52 PM PDT

Ibrahim Soboh dari Gaza telah membina sebuah loji berteknologi tinggi dengan hanya menggunakan peralatan asas untuk menukar plastik kepada minyak petrol. Beliau mengambil masa hanya 7 bulan untuk menyiapkan kilang mini beliau. Pengepungan Israel ke atas Gaza telah menyebabkan kesusahan dan kesengsaraan kepada lebih 1.8 juta penduduknya dan sumber utama yang terjejas adalah minyak petrol. 


Kesempitan ini membawa kepada beberapa idea kreatif dari mereka sebelum ini dan ini adalah tekonologi terbaru yang dihasilkan. Ibrahim Soboh enggan mendedahkan rahsia ciptaannya tetapi berkata idea itu datang apabila beliau mengetahui bahawa plastik dibuat dari bahan api dan hasil buangan di Gaza yang utama adalah plastik. Menurut beliau lagi, setiap 1.5 kilogram plastik akan memberikan satu liter bahan api dan hasil ini dapat digunakan untuk menjana elektrik, kereta dan mesin-mesin yang lain. Beliau juga sedang mencari penderma untuk mendirikan kilang yang lebih besar dan percaya bahawa teknologi ini dapat menyelesaikan 2 masalah utama iaitu menggalakkan kitar semula dan membantu krisis bahan api di Gaza./ Aqsa Syarif 

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan