Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 25 April 2014

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

sumber :-

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Nota Ringkas Usrah Dewan Pemuda PAS Bukit Katil – Ciri-ciri Kesederhanaan Islam : - Memperkukuhkan Nilai-nilai Ketuhanan

Posted: 24 Apr 2014 08:00 PM PDT

Tarikh : 24 April 2014 ( Khamis )
Masa : 9:30 malam
Tempat : Pejabat PAS Bukit Katil, Ayer Molek

Memperkukuhkan nilai-nilai ketuhanan seperti keimanan kepada Allah, hari Kiamat, hisab (perhitungan), syurga, neraka, takwa dan lain-lain. Nilai-nilai ini merupakan amalan hati yang menjadi tonggak kepada Islam.

Selain itu, perlu member penekanan kepada ibadah yang merupakan tujuan manusia diciptakan. Ibadah itu pula perlulah diarahkan hanya kepada Allah semata-mata dengan penuh keikhlasan.

Penjelmaan ibadah tersebut berlaku dalam perlaksanaan kefarduan solat, zakat, puasa dan haji yang merupakan ibadat wajib terpenting. Di samping ibadat-ibadat itu pula terdapat tuntutan-tuntutan sunat seperti membaca Al-Quran, berzikir, berdoa, beristighfar dan sebagainya.

Selain daripada ibadat-ibadat zahir tersebut, adanya ibadat-ibadat batin lain seperti ikhlas, benar, cinta kepada Allah, reda, mengharap kepada rahmatNya, takutkan azabNya, syukur, sabar terhadap ujian, zuhud terhadap dunia dan bersedia untuk kehidupan akhirat.

Akhlak-akhlak yang disebutkan di atas merupakan asas tasawuf sebenar yang berdiri di atas prinsip 'Benar dengan Allah dan berakhlak dengan makhluk'. Adalah menjadi kewajipan untuk menyemai nilai-nilai ketuhanan-ketuhanan ini melalui jalan dakwah, tarbiah, ilmu dan media.

Kita menolak pendirian yang menafikan kesufian secara total sebagaimana kita menolak kumpulan yang menerima kesufian secara menyeluruh, walaupun mengandungi kesyirikan, bidaan dan nilai-nilai yang tidak melalui saringan dan kajian.

* catatan oleh Musab Umair.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan