sumber :-
Pemuda PAS Wangsa Maju |
- BABI...LAGI BABI.... DI MASJID SENTUL
- PARTI KITA BAKAL DIBUBAR
- KONVENSYEN BLOGGER UMNO PERINGKAN KELANTAN... HABIS LE KORG
- KELAB INDONESIA BAYAR RM1juta SETAHUN PEMAIN IMPORT... KELAB MALAYSIA???
- KETUA DEWAN ULAMA BANTAH PRESIDEN
| BABI...LAGI BABI.... DI MASJID SENTUL Posted: 02 Feb 2012 12:54 AM PST Kepala babi yang dibungkus dengan plastik disedari oleh seorang tukang sapu yang sekitar jam 7.30 pagi tadi. Ia diletakkan di depan pagar utama kawasan masjid Masjid Al-Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur. Kehadiran bungkusan itu disedari kira-kira jam 11 malam tadi oleh bilal masjid yang awalnya menyangkakannya sampah selepas ia menghalang pagar daripada ditutup. Dalam plastik berkenaan terdapat kaki, kepala, kulit dan beberapa anggota badan babi. Untuk rekod, dua tiga hari lepas, satu kepala babi juga ditemui di pintu masuk masjid. Masjid yang dimaksudkan ialah Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang, Selangor. Kejadian yang dilaporkan seawal jam lima pagi itu hanya disedari apabila ahli jawatankuasa masjid membuka pintu pagar utama. Pihak polis bagaimana pun tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi. |
| Posted: 01 Feb 2012 10:48 PM PST Presiden Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Datuk Zaid Ibrahim berkata dalam blognya pada Khamis bahawa mesyuarat agung luar biasa (EGM) akan diadakan tidak lama lagi bagi membubarkan parti politik itu yang gagal dalam matlamatnya untuk menjadi sebuah parti yang menyokong idea-idea yang sederhana progresif serta membawa kesopanan dan ketertiban dalam wacana politik. Beliau dalam laman blognya berkata, EGM akan diadakan tidak lagi bagi membubarkan Kita. "Ia perlu bagi menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa parti itu tidak menyokong pembangkang terutama beberapa anggota kami di Kedah dan Pulau Pinang yang mengkritik Pakatan Rakyat. "Mereka telah melakukan perkara ini secara berterusan dengan jelas menunjukkan bahawa mereka tidak berminat dengan isu-isu sebenar yang memberi kesan kepada negara dan hanya mahu memalukan dan mencemuh pembangkang. "Idea saya untuk menubuhkan sebuah parti politik yang menyokong idea-idea yang sederhana dan progresif serta membawa kesopanan dan ketertiban dalam wacana politik telah gagal. "Saya tidak berjaya membawa masuk ramai ahli yang berminat dengan matlamat demokrasi, tadbir urus yang baik dan keseimbangan untuk rakyat. "Saya juga tidak dapat mengumpul dana yang mencukupi untuk menguruskan aktiviti-aktiviti parti dan teman-teman yang telah berjanji untuk membantu namun sebaliknya ini tidak berlaku," katanya. Menurut Zaid, kecenderungan media dalam isu-isu kecil memberi kesan kepada parti itu . "Cukup ramai orang di luar sana yang berminat dalam mengkritik kepimpinan saya dalam Kita dan mengeluarkan cerita-cerita untuk mencemuh saya," katanya. Beliau menambah, terdapat peribahasa Melayu yang mengatakan 'jika sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. "Sekarang saya menyedari bahawa pembentukan Kita merupakan satu kesilapan. Saya berharap untuk memberi idea-idea alternatif dalam politik dan membawa kepada kepelbagaian bakat dalam kepimpinan pembangkang. Ia belum berlaku. "Saya tetap yakin bahawa perubahan akan datang untuk kebaikan negara ini dan saya melakukan bahagian saya, sekali lagi, dan lagi bagi membantu mencapai tujuan itu. "Saya tidak akan mengecualikan kepercayaan saya dari akar umbi bahawa memberi perkhidmatan kepada awam adalah baik di mana ia mampu dijalankan dengan kehormatan," katanya lagi. Zaid dalam kenyataan blognya memohon maaf kepada ahli-ahli parti yang masih setia dengan partinya. "Saya memohon maaf dan menghargai sokongan anda dan diharapkan anda menerima keputusan ini untuk kebaikan pembangkang. "Survival demokrasi bergantung kepada daya maju pembangkang. Jika ia dimusnahkan maka Barisan Nasional cenderung untuk melakukannya maka tiada lagi demokrasi, tiada kebebasan dan tiada lagi dasar-dasar sederhana," katanya. Zaid memimpin parti Kita yang dilancarkan tahun lalu dengan moto "moderat, demokratik dan liberal". Kita sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Keadilan Malaysia (AKM) yang ditubuhkan bagi mengembalikan semangat dan keharmonian ketika era kemerdekaan negara pada tahun 1957. |
| KONVENSYEN BLOGGER UMNO PERINGKAN KELANTAN... HABIS LE KORG Posted: 01 Feb 2012 06:17 PM PST Tarikh : Sabtu, 4 Feb 2012, Nampaknya UMporNo habis-habisan berusaha menawan Kelantan untuk kesekian kalinya... difahamkan pada Sabtu ini 4 Feb semua blogger pencacai angkat najis UMporNo akan mengadakan KONVENSION MEDIA SOSIAL 1MALAYSIA, PERINGKAT NEGERI KELANTAN bertempat di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kota Bharu., Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Kelantan. Dengar cite ahli Panel Forum /Moderator/Pembentang terdiri dari Haji Md Alwi Che Ahmad, Ust. Fathul Bari, Prof. Ramlah Adam, En. Rafi Awang Kechik, dan beberapa lagi blogger seperti papagomo dan parpukaripap Untuk menarik lebih ramai lagi hadir Cabutan Bertuah juga turut disediakan...Samsung Galaxy Tab 10.1 dan lain lain tue....HUHUHUHUHU |
| KELAB INDONESIA BAYAR RM1juta SETAHUN PEMAIN IMPORT... KELAB MALAYSIA??? Posted: 01 Feb 2012 05:58 PM PST Penyerang sensasi negara,Safee Sali pada mencatat sejarah sebagai jutawan bolasepak pertama negara apabila membuat keputusan nekad untuk terus menyambung semula kontraknya bersama kelab Pelita Jaya FC, Jakarta Indonesia selama dua tahun lagi. Kontrak bernilai RM2 juta itu ditandatangani di Jakarta, Indonesia semalam.Keputusan itu disahkan oleh Pengurusnya, Zakaria Rahim menerusi satu kenyataan media. Safee juga akan menerima pakej tambahan iaitu hak imej menerusi tajaan pengiklanan produk tertentu. Menerusi kontrak terbarunya, Zakaria berkata, Safee akan menerima pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai dibayar oleh kelab dan tiket pergi balik ke Kuala Lumpur bernilai lebih RM2 juta bagi tempoh dua tahun. ... kaya betul Indonesia... Malaysia pun xleh nak bayar pemain import tahan tue.... |
| KETUA DEWAN ULAMA BANTAH PRESIDEN Posted: 01 Feb 2012 04:54 PM PST Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib telah secara terbuka membantah sekeras-kerasnya hasrat presiden parti itu untuk berundur, menegaskan mahu melihat Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13. Harun berkata Hadi yang mempertahankan kerusi Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang adalah pemimpin harapan beliau untuk mengetuai kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat nanti. "Saya tidak setuju beliau (Hadi) berundur, saya bercita-cita nak lihat beliau jadi perdana menteri. Kalau beliau berundur dan tidak bertanding pilihan raya umum ke-13 maka tidak capai hasrat kita (lihat Hadi jadi perdana menteri). "Sebab itu saya secara peribadi tidak setuju beliau berundur, kalau Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13 beliau akan jadi perdana menteri dan menegakkan semula Islam," katanya. Tambah Harun, Hadi mampu membawa perubahan kepada Malaysia dan menjadi seorang ketua negara yang baik, menambah tidak mahu "memikirkan sekiranya Anwar dilpilih mengetuai Pakatan Rakyat." "Kalau menang beliau (Hadi) boleh jadi perdana menteri, soal Anwar saya tidak tahu kerana dalam kepala saya presiden PAS akan menjadi perdana menteri. "Ramai ahli tidak bersetuju beliau berundur kerana masih yang mahu melihat beliau bertanding dan memimpin," katanya. Beliau menambah akan mengadakan pertemuan dengan Hadi secara peribadi untuk membincangkan perkara itu. "Saya akan berdepan dengan beliau secara peribadi tapi saya tegaskan tidak bersetuju cadangan beliau mahu berundur," katanya menambah parti akan memutuskan pendirian sekiranya Hadi benar-benar serius. |
| You are subscribed to email updates from Pemuda PAS Wangsa Maju To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





















0 ulasan:
Catat Ulasan