Pengikut

Rabu, 1 Februari 2012

PAS Negeri Sembilan

sumber :-

PAS Negeri Sembilan


Peniaga pekan Bahau resah bau sampah

Posted: 01 Feb 2012 06:03 PM PST



Sampah sarap berlonggok serta berbau sehingga mencemarkan pemandangan berhampiran perhentian bas Bahau, baru-baru ini.

JEMPOL 1 Feb. 2012 - Bau busuk dan keadaan kurang menyenangkan sudah menjadi sajian biasa bagi penduduk sekitar pekan Bahau dekat sini berikutan timbunan sampah di tepi jalan dekat sini.

Mana tidaknya, timbunan sampah tidak terurus ditambah lagi dengan sikap segelintir pihak untuk mencari jalan mudah membuang sampah, bukan sahaja memburukkan keadaan sekali gus memberi tanggapan negatif terhadap pekan utama daerah ini.

Bagi seorang penduduk, Lim Boon Hiong, 25, masalah itu telah berlarutan sejak setahun lalu namun masih tiada jalan penyelesaian.

''Sudahlah busuk, sampah pula bersepah-sepah di tepi jalan. Bayangkan bau busuk itu juga dapat dihidu walaupun berada di dalam kenderaan.

''Senario itu sudah pastinya mencemarkan imej pekan ini apatah lagi ramai orang luar datang ke Bahau dengan menggunakan perkhidmatan bas. Turun sahaja di perhentian, mereka akan di sajikan dengan pemandangan kotor," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Seorang lagi penduduk, Phung Er Cheng, 54, pula mempersoalkan sikap segelintir peniaga yang seolah-olah mengambil mudah dengan membuang sampah sesuka hati di tempat larangan.

''Saya sudah menetap di sini sejak sekian lama, dulu tempat ini cantik dan banyak kemudahan yang disediakan. Namun sekarang dengan keadaan seperti ini sudah tentu ia memalukan warga pekan ini," katanya.

Er Cheng meminta supaya pihak berkuasa tempatan untuk memperbanyakkan kempen kesedaran tentang bahayanya hidup dalam persekitaran yang kotor bagi menjana kesedaran orang ramai mengenainya.

''Malah cara yang lebih baik adalah menyediakan lebih banyak tong sampah berskala besar bagi membolehkan para peniaga membuang sampah di tempat yang disediakan," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan