sumber :-
ULAMA PEWARIS NABI |
- BN SEKSA RAKYAT , LIMA RATUS PUNYA HAL!
- SEMUANYA 29 JANUARI, JOM MARI
- TAU TAK PER ! MASALAHNYA ADA DAH JADI PAS 15 TAHUN MASIH BUTA HATI , MELOMPAT KE SANA DAN KE MARI
| BN SEKSA RAKYAT , LIMA RATUS PUNYA HAL! Posted: 27 Jan 2012 04:24 AM PST KUALA LUMPUR: Penerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi kawasan Parlimen Pandan mengeluh kerana terpaksa menunggu terlalu lama sebelum dapat menuntut wang masing-masing. Penerima bantuan itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Mewah kesal kerana selain terpaksa berbaris panjang dalam keadaan panas terik, pihak penyelaras juga dikatakan gagal menguruskan pemberian bantuan tersebut secara sistematik sehingga menyusahkan penerima terutamanya warga emas dan orang kelainan upaya (OKU). Seorang penerima bantuan, Daud Ghani, 64, berkata beliau hanya dapat menuntut bantuan itu selepas lebih empat jam kerana terpaksa mengharungi empat peringkat yang menyusahkan. "Kita berterima kasih kepada kerajaan dengan bantuan ini tetapi kita kesalkerana cara pengagihannya menyusahkan orang ramai. Mula-mula kita dimintaberatur di sini, kemudian di tempat lain pula. "Ramai yang mengeluh kerana terpaksa berbaris panjang sebelum dapat memasukidewan sekolah untuk menuntut wang masing-masing. Sepatutnya jangan ada banyaksangat tapisan kerana kita bawa surat pengesahan yang menyatakan kita memanglayak mendapat bantuan ini," katanya, Jumaat. Sehubungan itu, Daud yang merupakan pesara swasta, mencadangkan agar pemberian bantuan itu dipermudahkan terutama warga emas yang tidak sihat dan tidak dapat mengambil bantuan itu sendiri. "Saya cuba untuk mengambil bantuan itu bagi pihak bapa saya kerana beliau tidak sihat tetapi pegawai yang bertugas memaklumkan perkara ini akan disemak dan akan menghubungi saya kemudian. "Pada pendapat saya, kalau dokumen yang diserahkan itu sah, masukkan sahajawang tersebut ke dalam akaun. Kenapa tidak dipermudahkan kerana bagi mereka yangtidak sihat, sukar untuk mereka beratur dan menunggu terlalu lama," katanya. -BERNAMA |
| Posted: 27 Jan 2012 04:17 AM PST |
| TAU TAK PER ! MASALAHNYA ADA DAH JADI PAS 15 TAHUN MASIH BUTA HATI , MELOMPAT KE SANA DAN KE MARI Posted: 26 Jan 2012 06:00 PM PST DUNGUN – Bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Slim River Haji Abdullah Haji Omar berkata beliau masuk PAS kerana PAS adalah parti yang sah di sisi undang-undang Negara kerana PAS berdaftar dengan pendaftar pertubuhan (ROS). Selain itu, katanya, beliau menyertai PAS kerana parti itu dipimpin oleh tokoh-tokoh ulamak yang ingin membawa Negara ini kepada pemerintahan Islam."saya masuk PAS kerana PAS bukan parti 'haram' dan PAS di pimpin oleh tokoh-tokoh yang berpendidikan Islam, mempunyai maruah, "bukan seperti mana parti 'Melayu' disebelah sana (Umno), yang kebanyakkan tokoh-tokoh dan kepimpinan tinggi mereka terlibat dengan pelbagai skandal,"ujanya. Haji Abdullah berkata PAS bkan parti haram, yang haram hanya dua, parti komunis dan parti buruh].Beliau berkata demikian dalam Majlis Penerangan anjuran Majlis Tindakan DUN (MTD) Rantau Abang di Kampung Pak Sabah, dekat sini, pada Selasa 24 Januari. Beliau menyifatkan Umno parti pengkhianat kerana membawa masuk warga asing, diberikan kad pengenalan dan menjadi warganegara.Katanya, 'pendatang haram' tersebut menjadi pengundi dan menyebabkan kerajaan Terengganu jatuh dalam pilihanraya ke 11 pada tahun 2004. "sebelum pilihanraya 2004, mereka (Umno) bawa 2,000 orang Myanmar bangsa Rohingya yang boleh bercakap Melayu, yang rupa mereka pun lebih kurang muka kita, "melalui Langkawi pergi ke Ladang Seri Bandi (DUN Kijal Terengganu), mereka di beri kerja dengan gaji RM18 sehari, diberi kad pengenalan, jadi pengundi yang jatuhkan kerajaan PAS pada tahun 2004,"jelasnya. Menurutnya, 'modus operandi' yang sama telah dilakukan Umno pada tahun 2008 membawa masuk warga asing yang sama ke dalam parlimen Pekan, kawasan yang dimenangi Perdana menteri, dato' Seri Najib Razak. Sebaliknya suatu masa dulu, kata beliau, sewaktu masih berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia, sesiapa yang mahu memohon menjadi warganegara Malaysia mestilah dikalangan mereka yang 'profesional'. Namun sekarang, menurutnya, kerana pengkhianatan Umno kepada Negara, pekerja basuh pinggan di kedai mamak pun boleh menjadi warganegara Malaysia. Turut menyampaikan ucapan dalam Majlis tersebut adalah Naib Ketua Pemuda Ustaz Kamaruzzaman, Naib YDP Dungun Ustaz Azman Shapawi dan Pengerusi WARIS Ustaz Roslan Ismail. |
| You are subscribed to email updates from ULAMA PEWARIS NABI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


















0 ulasan:
Catat Ulasan