Pengikut

Isnin, 18 Julai 2011

Peghelih La...

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Peghelih La...


Semua negara demokrasi benarkan demonstrasi kecuali Malaysia, kata Hadi

Posted: 18 Jul 2011 01:00 AM PDT

AMPANG - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menegaskan semua negara demokrasi kecuali Malaysia sahaja yang tidak membenarkan demonstrasi diadakan walaupun ia termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

Baca selanjutnya laporan The Malaysian Insider
di sini >>>>

Idris Ahmad

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Idris Ahmad


Tahniah 11 Doktor Tung Shin, Bertegas Polis Menembak Gas Pemedih Mata Dan Air Asid

Posted: 18 Jul 2011 05:56 AM PDT

Tahniah 11 Doktor Tung Shin, Bertegas Polis Menembak Gas Pemedih Mata Dan Air Asid

Idris  ahmad
18/7/11

Tahniah atas keberanian 11 doktor Tung Shin yang tidak berganjak daripada pendirian mereka mengatakan bahawa memang polis menembak gas pemedih mata dan air berasid ke pekarangan hospital pada himpunan Bersih 9 julai 2011. Walaupun pihak polis dan menteri cuba menafikan, namun mereka tetap bertegas memang polis melakukan. Mereka bersedia untuk memberi keterangan kepada polis pada bila-bila masa mengenai perkara tersebut

11 orang doktor terdiri daripada Dr Ng Kwee Boon, Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong. Mereka juga hairan kenapa Lembaga Hospital Tung Shin memaklumkan bahawa insiden pelepasan gas pemedih mata dalam kawasan hospital berkenaan tidak berlaku, sedangkan mereka tidak berada di situ

Rakyat tertanya-tanya mana pergi Datuk Hishamudin Husin Onn, selaku Menteri Dalam Negeri, beliau mesti mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku,  selaku menteri yang menjaga hal ehwal kepolisan. Beliau tidak boleh melepaskan diri dengan tragedi 9 Julai 2011. Sikap tidak profesional polis dan keganasan polis sudah ditonton oleh dunia. Datuk Hishamudin mesti dipertanggungjawab, jangan beliau hanya berlagak dengan kuasanya sahaja untuk membuat ugutan kepada rakyat, tetapi tidak mempunyai kebolehan untuk mengurus anak buahnya supaya bertindak secara profesional. Di dalam peperangan pun hospital dan mereka yang terlibat dalm paramedik dilindungi, sedangkan ini hanya himpunan aman, undang-undang mana Datuk Hishamudin ajar polis untuk bertindak sedemikian rupa.

Terdapat bukti bergambar yang dirakam memang berlaku di perkarangan hospital Tung Shin jalan Pudu, bukan hospital di Ghaza Plestin.


Filed under: Demontrasi

Salam Perjuangan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Salam Perjuangan


BELASUNGKAWA - DR. LO' LO, SEKADAR YANG SAYA KENALI

Posted: 18 Jul 2011 08:06 AM PDT

PAS CABAR 'PEJUANG ISLAM UMNO'

Posted: 17 Jul 2011 11:21 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Suatu Coretan Buat Seorang Pejuang Muslimat Yang Telah Pergi - DRAZA

Posted: 18 Jul 2011 06:39 PM PDT

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG


Lebih 2,000 iringi jenazah Dr. Lo' Lo'

Posted: 17 Jul 2011 11:54 PM PDT

PAS Negeri Sembilan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

PAS Negeri Sembilan


Penduduk mahu penjelasan

Posted: 18 Jul 2011 09:20 PM PDT



Sinar Harian 19 Julai 2011

SEREMBAN - Penduduk yang mendiami 69 rumah di Taman Desa Temiang dekat sini mendakwa bil elektrik mereka naik secara mendadak selepas Tenaga Nasional Berhad (TNB) menukar meter, Februari lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temiang, Ng Chin Tsai berkata, semua penduduk terbabit keliru kerana mereka tidak mendapat penjelasan sebenar mengenai isu berkenaan.

"Saya pernah mencadangkan kepada pengurusan TNB Negeri Sembilan agar mereka turun padang memberi penerangan kepada penduduk dalam satu perjumpaan.

"Namun mereka memaklumkan keputusan hanya boleh dibuat oleh ibu pejabat TNB," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Temiang, dekat sini, semalam.

Menurutnya, ada antara penduduk yang dikenakan caj penggunaan elektrik sehingga dua kali ganda berbanding sebelumnya.

Selain itu katanya, beberapa penduduk terkejut apabila melihat terdapat tunggakan pada bil mereka sedangkan semua bayaran telah dijelaskan.

"Masalah ini membebankan penduduk yang terlibat dan mereka berharap TNB menyemak semula pengiraan kadar penggunaan elektrik di setiap rumah.

"Sekiranya masih ada penduduk yang berdepan masalah serupa, mereka boleh menemui saya atau berhubung terus dengan TNB untuk mendapatkan penjelasan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur, Air, Tenaga dan Telekomunikasi negeri, Datuk Ismail Lasim ketika dihubungi Sinar Harian berkata, hanya TNB yang boleh memberi penerangan lebih jelas terhadap isu berkenaan.

Bagaimanapun, pihak pengurusan TNB Negeri Sembilan gagal dihubungi untuk mendapatkan maklum balas.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9348028.asp

Ceramah Melayu DAP 23 Jun 2011 Rantau, N.Sembilan

Posted: 18 Jul 2011 08:32 PM PDT



CERAMAH PERDANA
Tarikh : 23 Jun 2011, SABTU
Masa : 9 mlm
Tempat : Pejabat DAP, Taman Ekar, Rantau, N.Sembilan

Bersama
1. Zairil Tan Sri Khir Johari (DAP)
2. YB Taufek (ADUN Paroi, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan)
3. YB Ravi (ADUN Port Dickson, PKR)
4. Subra, Ketua Penerangan Dewan Penyokong PAS
5. che'GuBard (Pengerusi SAMM)
6. Seorang Pegawai Tinggi Polis (berbangsa India) di Johor bergelar Datuk yang baru menyertai PAS

Semua Dijemput Hadir , Pertanyaan 012-3696474 Azizi

Zairil adalah merupakan anak kepada bekas Setiausaha Agung Umno Allahyarham Tan Sri Khir Johari. Beliau adalah Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang , Encik Lim Guan Eng. Blog beliau di http://zairil.wordpress.com/

Bersih Tuntut Dakwat Kekal, Bukan Biometrik

Posted: 18 Jul 2011 08:03 PM PDT



Monday, July 18, 2011

Jika Perdana Menteri tidak mahu rakyat berdemo, sila buat pilihanraya adil dan terima tuntutan Bersih. Beliau mengatakan demo bukan budaya kita. Sepatutnya beliau kena berfikir kenapa rakyat berani untuk berdemo walaupun diugut dengan berbagai ugutan.

Beliau tidak boleh mendabik dada kononya BN kuat, jika belawan di atas padang yang tidak sama rata. Jika benar beliau anak jantan sila biarkan pilihanraya berjalan dengan adil. Bebaskan SPR daripada belenggu pemimpin BN. Biarlah BN berlawan parti melawan parti, bukan kerajaan melawan parti. Berikan peluang PR untuk menggunakan television untuk membentang rancangan PR supaya rakyat menjadi hakim negara.

Demontrasi yang dibuat oleh pihak Bersih pada 9 Julai 2011 setelah usaha perundingan dan perbincangan telah dibuat dengan pihak SPR tidak dilayan dengan baik terutamanya penggunaan dakwak kekal. Rakyat tertanya-tanya kenapa kerajaan takut menggunakan dakwat kekal. Sebelum pilihanraya 2008, SPR sudah membeli dakwat kekal yang bernilai RM2.4 juta, akhirnya dibatalkan penggunaannya.

Datuk Seri Najib dan SPR mengumumkan untuk mengguna sistem biometrik di dalam pilihanraya akan datang untuk menunjukkan pilihanraya di negara ini adil , seolah-olah kita minta teh, tetapi yang dibawanya kopi.

Ustaz Idris Ahmad
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

http://idrisahmad.wordpress.com/2011/07/17/bersih-tuntut-dakwat-kekal-bukan-biometrik/

Masalah Air di Matrik Kuala Pilah sejak Zaman Pak Kaduk

Posted: 18 Jul 2011 08:00 PM PDT



Masalah Air di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Aduan Rakyat Online, July 18th, 2011

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Saya mewakili para pelajar perempuan di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan yang terletak di Kuala Pilah ingin menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap masalah air yang membelenggu kami, pelajar perempuan yang mendiami kolej kediaman Cendikia (blok C).

Kolej kediaman Cendikia merupakan kolej kediaman yang terletak paling jauh dari pusat pentadbiran dan dewan kuliah. Selain daripada perlu menghadapi kenyataan bahawa asrama kami merupakan asrama yang paling jauh, kami juga mengalami gangguan air yang teruk. Terdapat 4 blok iaitu C1, C2, C3 dan C4. Setiap blok dianggarkan terdapat lebih 150 pelajar perempuan.

Pada waktu ini, blok C1 sudah kehabisan air langsung, maka dengan itu, seramai lebih kurang 150 pelajar dari Blok C1 turun ke Blok C2 untuk memenuhi keperluan diri seperti mandi dan sebagainya. Oleh itu, ini menjadikan 300 orang pelajar mandi di satu blok yang sama kerana jarak antara Blok C1 dan Blok C2 adalah yang paling hampir berbanding blok-blok yang lain.

Hal ini menyebabkan Blok C2 juga kehabisan air dan perkara yang sama berlaku pada Blok C3. Oleh hal yang demikian, seramai lebih kurang 450 orang pelajar terpaksa berebut dan bersesak di Blok C4 untuk mandi. Malangnya, tandas di Blok C4 hanya terdapat sebanyak 8 buah sahaja.

Kami telah menyuarakan perkara ini kepada pihak kolej tetapi sekali lagi malang buat kami kerana tiada tindakan diambil oleh pihak kolej. Kata-kata yang kami terima hanyalah "memang dari zaman pak kaduk lagi macam ni". Mereka seolah-olah tidak ingin mengambil sebarang langkah untuk menyelesaikan masalah yang kami hadapi.

Oleh itu, kami terpaksa mengambil insiatif ini iaitu kami mengadu kepada Aduan Rakyat dengan harapan pihak Aduan Rakyat dapat membantu menyelesaikan masalah kami di sini.

Kami berharap pihak Aduan Rakyat mengambil langkah terbaik bagi menyelesaikan hal ini. Hal ini kerana kami sudah buntu untuk mencari jalan bagi masalah kami ini.

Sekian. Terima kasih.

By: Anis Husna

http://www.aduanrakyat.com.my/masalah-air-di-kolej-matrikulasi-negeri-sembilan

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Takziah Buat Keluarga Dr. Lo'lo'

Posted: 17 Jul 2011 09:58 PM PDT


Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah merakam ucapan takziah atas pemergian AlLAHyarhamah Dr. Lo'lo' kelmarin. Semestinya pemergian ini merupakan satu kehilangan besar terhadap Keluarga beliau serta juga satu kehilangan besar buat penduduk serta pengundi di Kawasan Parlimen Titiwangsa tempat beliau berkhidmat.


Semoga pemergian ALLAHyarhamah Dr. Lo'lo' akan terus memberi semangat kepada semua penggerak jemaah agar terus istiqomah dalam perjuangan Islam sehingga ke akhir hayat sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh beliau. Semoga ALLAH menempatkan ALLAHyarhamah ditempat orang-orang yang memperjuangkan Agama ALLAH dan para syuhada'.

PAS Cawangan Jaya Gading

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

PAS Cawangan Jaya Gading


Al-Fatihah : Dr. Lo' Lo' yang saya kenali..

Posted: 18 Jul 2011 09:07 PM PDT


Oleh :Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini.

Hidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang.

Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada pula hari perginya.

Apabila saya menerima berita kematian YB Dr Lo'lo' Mohd Ghazali, perasaan saya menjadi sugul. Saya teringatkan sikap prihatin beliau kepada saya sepanjang saya mengenalinya.

Paling sayu, saya teringat permintaan beliau beberapa minggu lepas ketika saya menziarahi beliau dalam keadaan yang amat uzur. Beliau meminta saya menulis sebuah puisi untuknya. Ternyata saya tidak menunaikan harapan itu sehingga beliau meninggal. Padahal, saya telah sebut 'insyaAllah'.

Hari ini jenazah beliau dikebumikan, malang sekali lagi saya tidak dapat hadir kerana ada viva student di USM.

Namun doa saya untuknya sejak saya mendengar kematiannya. Saya juga harap tulisan ini dapat memberikan manfaat yang lebih dengan saya merayu kepada pembacanya agar berdoa kepada Allah untuk diberikan rahmat dalam keampunan kepada Lo'lo Ghazali, hamba Allah yang telah pulang ke kehidupan yang hakiki.

Saya ingin mencoret sedikit mengenai beliau dengan kadar sedikit yang saya kenal. Saya mulakan dengan apa yang Nabi SAW nasihati kita: "Sesiapa dalam kalangan kamu yang terpaksa memuji saudaranya, maka hendaklah dia berkata: 'aku menilainya demikian, Allah jua yang menjadi penilainya yang sebenar, aku tidak akan memuji sesiapa atas nama Allah" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ya, hanya Allah yang mengetahui hakikat kita. Kita menilai apa yang zahir, Allah jua mengetahui apa yang batin. Mungkin apa yang ada di sisi Allah lebih baik dari apa yang kita sangka dan tahu. Demikian juga sebaliknya.

Peringatan jawatan mufti

Saya bukan terlalu mengenali Dr Lo'lo'. Cuma ada beberapa coretan sekadar yang saya kenal beliau. Saya mula mengenali Dr Lo'lo' sejak sebelum saya menjadi mufti Perlis lagi. Beliau menghadiri beberapa majlis ucapan saya.

Kali terakhir seingat saya di UIA, semasa saya berforum. Apabila saya ditawarkan menjadi mufti pada tahun 2006, Dr Lo'lo' menghantar email mengingatkan saya tentang bahaya jawatan tersebut.

Sebagai anak bekas Mufti Perak, beliau menceritakan pengalamannya. Saya masih simpan peringatan itu. Antara yang beliau sebut "Saya juga seorang manusia yang daif tetapi saya ingin berkongsi pengalaman kerana pernah hidup sebagai anak mufti dan berkongsi pahit maungnya serta cabaran seorang mufti bagi kerajaan yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya.

"Banyak kali arwah bapa saya bersungut dan menyatakan kesal kerana nasihat dan pandangannya tidak dipedulikan, keputusan majlis fatwa yang dianggotainya dibuang dalam tong sampah, bagaimana payahnya berhadapan dengan sultan-sultan yang kehidupan mereka dikelilingi dengan pelbagai adat dan kebiasaan yang tidak selaras dengan Islam.

"Itu belum kira kerenah MB, exco-exco dan YB-YB lagi…itu cerita 30 tahun lalu, saya percaya kini cabaran untuk seorang mufti kerajaan adalah lebih hebat lagi. Saya berdoa agar Dr Asri dipandu untuk memilih keputusan yang terbaik dunia dan akhirat".

Itulah antara kandungan email beliau.

Lahir dari jiwa yang ikhlas terhadap saya dan naluri yang prihatin terhadap agama. Saya merenung kata-katanya ketika itu. Kali ini apabila saya membaca sekali lagi, saya dapat rasakan indahnya kejujuran yang terkandung dalam nasihat itu.

Ya, sering kali sesuatu lebih bernilai kita rasakan, apabila empunya telah pergi. Semoga menimbang kata-kata nasihatnya itu sebagai himpunan amalan soleh beliau.
Masuk Umno

Apabila saya menjadi mufti Perlis, saya agak terputus dengan beliau. Hanya sekali-sekala beliau bertanya beberapa perkara. Mungkin beliau rasa ketika itu saya rapat dengan pemimpin Umno.

Apabila berhenti dari jawatan mufti, pada hari yang berikutnya saya terus ke United Kongdom. Di UK, saya sempat bertemu dan berhubung baik dengan anak beliau Saudara Fawwaz yang ketika itu tinggal Manchester.

Layanan baik Fawwaz kepada saya dan keluarga ketika melawat dan berceramah di Manchester tidak dapat saya lupakan. Ini menjadikan kembali saya mengingat sikap baik ibunya kepada saya.

Apabila pulang ke Malaysia, kemudian berlaku peristiwa saya ditahan JAIS dan ke mahkamah, ramai pemimpin politik dan NGOs yang hadir. Dr Lo'Lo' yang ketika itu uzur juga turut hadir ke mahkamah di Gombak.

Sempat saya bercakap dengan beliau. Saya ingat lagi, beliau kata kepada saya: "Ini ada hikmahnya, ujian dan cabaran, Allah mahu ustaz memimpin rakyat, turut ke medan, bersama-sama mengubah keadaan yang ada".

Saya diam. Saya akur. Saya tahu beliau jujur. Hati nuraninya yang sayangkan kebaikan dan bencikan kezaliman itu tidak dapat disembunyikan sekalipun di sebalik tubuh yang uzur. Selepas hari itu, agak kerap juga kami bertanya khabar.

Kadang-kala beliau bertanya saya pandangan dalam pelbagai isu agama. Beliau fahami pendirian saya. Beliau saya rasa suka dengan cara apa yang saya faham mengenai beberapa perkara dalam Islam ini.

Apabila timbul berita saya akan masuk Umno, Dr Lo'lo' menghubungi saya dengan tegas. Kata beliau:"Janganlah ustaz tambahkan sakit saya dengan berita-berita yang macam ini. Saya pernah teramat kecewa apabila Anwar Ibrahim masuk Umno. Saya harap ustaz tidak mengulangi kesilapan itu. Saya akan amat kecewa jika ustaz membuat tindakan yang sama".

Cabaran dunia

Saya meminta beliau memberikan masa agar spekulasi itu berakhir lagi dua tiga hari. Beliau terus mengingatkan saya agar jangan tersilap langkah. Keesokannya, barangkali beliau mendengar desus-desas itu makin kuat, maka beliau sms kepada saya dengan tegas, katanya: "mati hidup semula saya tidak akan mempercayai ustaz lagi jika ustaz masuk Umno.

"Apakah ustaz takut kepada cabaran di dunia ini? Atau mengharapkan kedudukan di dunia sehingga sanggup hendak masuk Umno? Jika ustaz tidak mahu masuk PAS pun, janganlah masuk Umno".

Saya simpati dan rasa bersalah memandang beliau uzur. Saya terus bercakap dengannya dengan memberikan jaminan bahawa apa yang beliau khuatiri itu insyaAllah tidak berlaku. Saya beritahu bahawa pimpinan PAS lain, khusus Ketua Dewan Ulama PAS juga telah bercakap dengan saya dan memberikan nasihat.

Namun, apabila 40 orang ulama muda masuk Umno, Dr Lo'lo sekali lagi berhubung dengan saya dan berkata: "Tergamak ustaz membiarkan sahabat-sahabat ustaz masuk Umno, sedangkan saya ini bersusah payah hendak memastikan mereka yang berpegang dengan manhaj al-Quran dan as-Sunnah masuk ke dalam PAS.

"Jika Tuan Guru Nik Aziz tidak ada nanti, macam manalah perjalanan PAS ini. Ini, ustaz pula biarkan kawan-kawan masuk Umno".

Saya diam. Ada perkara yang saya tahu yang mungkin beliau tidak tahu. Begitulah sebaliknya. Apa pun, saya amat berterima kasih, sikap beliau yang sentiasa prihatin kepada perkembangan Islam dan masa depan dakwah. Beliau seorang serikandi, seorang mujahidah, seorang yang jujur dengan keyakinannya.

Saya tahu, ya kadang-kala apabila saya mengkritik tokoh utama Pakatan Rakyat Dr Lo'lo' kurang selesa. Dia akan sms melahirkan ketidakpuasan hatinya. Kadang-kala bahasanya 'tegas'.

Saya sering tersenyum apabila membaca smsnya. Ya, bukan semua perkara kita dapat sama dan seiya sekata. Namun, yang pasti ia adalah kata-kata yang datang dari seorang yang prihatin.

Namun, beliau lama-lama biasa dengan sikap saya yang memberikan pandangan kepada kedua belah pihak. Sebelum muktamar PAS beliau memohon agar saya mewar-warkan semula artikel lama saya 'Ulama atau professional jadi pemimpin'.

Hamba Allah yang baik

Beliau kata, beliau ingin meminta supaya Harakah menyiarkannya semula. Saya tahu aliran pemikiran yang ingin ramaikan professional dalam kepimpinan PAS.

Apabila saya mendapat berita beliau amat uzur dan berada dalam keadaan kritikal di hospital, saya hubungi Fawwaz. Saya pohon untuk menziarahinya. Saya pergi dengan beberapa orang sahabat, sebahagian mereka ustaz-ustaz.

Dr Lo'lo' meminta untuk hanya saya sahaja yang masuk dahulu. MasyaAllah, saya melihat seorang serikandi mujahidah dalam kedaan yang uzur terbaring di katil.

Wajahnya sudah kelihatan bengkak. Pun, begitu masih lagi dengan pakaian muslimahnya. Beliau menangis ketika itu. Dalam celahan itu saya mendengar indahnya kata-kata beliau: "ustaz, saya bimbang saya tidak dapat menjadi hamba Allah yang baik".

Kata-kata itu menusuk ke dalam jantung saya bagaikan cahaya ruhi yang menyelinap masuk ke dalam urat nadi. Ia adalah kata-kata yang lebih murni dari segala lafaz seni, kata-kata yang lahir dari nurani insani yang mendambakan kasih-sayang Allah.

Kata-kata yang tidak lahir di saat-demikian melainkan dari jiwa yang sentiasa berhubungan cinta dengan Allah. Demikian penilaian saya. Hakikat yang sebenar kembali kepada Allah.

Kemudian, sempat beliau berpesan kepada saya untuk terus memberikan pandangan kepada PAS dan beliau bersyukur segala usaha beliau dan sahabat-sahabatnya mula melihatkan hasil dalam PAS.

Beliau meminta saya tuliskan sebuah puisi untuk beliau. Saya berjanji insyaAllah. Nampaknya, puisi itu akan lahir selepas pemergian beliau.

Ustaz sampul

Selepas habis berbicara dengan saya, beliau mengizinkan sahabat-sahabat yang bersama saya masuk. Dalam keuzuran yang amat sangat itu, beliau masih sempat memberikan nasihat.

Antara yang beliau kata; "Maaflah saya ingin sebut, ustaz-ustaz ini jangan asyik fikirkan sampul sahaja. Ramai yang rasa selesa, hanya dok berkuliah dalam masjid, selepas itu seronok dapat sampul duit tapi tidak mengambil tahu apa yang berlaku kepada umat; khususnya anak-anak muda kita kat luar sana".

Ya, itulah kata-kata beliau. Ia amat benar. Itu penyakit yang menimpa ramai yang memakai gelaran ustaz atau 'pendakwah'.

Pahit yang terpaksa diakui, bukan sedikit yang fikirannya berlegar kepada wang dalam sampul yang akan menjadi habuan selepas kuliah atau ceramah. Bukan salah. Namun, apabila itu dijadikan buruan, maka ramai yang mengelak diri dari arus dan tribulasi perjuangan.

Kata-kata Dr Lo'lo' itu terbit dari hati nurani seorang daiyah (pendakwah). Bukan singkat masa beliau menelusuri pengalaman dan perjuangan.

Ya, beliau banyak di medan politik. Sebahagian ijtihad siyasi dan pandangan politiknya mungkin berbeza dengan saya. Namun, saya tetap hormati jasa dan sumbangannya. Zahir pada kehidupan sebagai seorang muslimah dan mujahidah. Berjuang membela keyakinannya mengenai Islam dan keadilan.

Sebagai seorang sahabat dan insan yang masih hidup atas bumi ini, saya hanya mampu berdoa untuknya agar dilimpahi rahmat dan keampunan, kemudian meneruskan perjalanan hidup ini sehingga sampai ke destinasi seperti mana beliau pun telah menamatkannya.

Mentobulat : Dr.Lo'Lo' telah melaksanakan tugasnya dan beliau adalah contoh hamba Allah yang terbaik, kita bagaimana?

PAS Kawasan Pekan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

PAS Kawasan Pekan


HARI KELUARGA PASTI AT TAUFIQ 2011

Posted: 18 Jul 2011 07:55 AM PDT

16 Julai 2011, Sabtu PASTI At Taufiq Pekan telah menganjurkan Hari Keluarga yang diadakan di Pantai Sepat, Penor Kuantan. Penyertaan Guru-guru, semua murid PASTI dan keluarga mereka berjaya mengumpulkan hampir 200 orang peserta pada hari tersebut.

Seawal 7.45 pagi, semua pelajar PASTI dan ibu-bapa berkumpul diperkarangan Madrasah As Siddiq, Kg Pulau Serai Pekan. Sebuah bas disewa khas untuk membawa pelajar PASTI ke destinasi Hari Keluarga sedia menunggu dan ibu-bapa pelajar kebanyakan membawa kenderaan masing-masing untuk ke destinasi hari keluarga.

Tepat jam 8.30 pagi, rombongan peserta hari keluarga PASTI At Taufiq telah sampai ke Pantai Sepat dan disana beberapa Ahli Jawatankuasa penganjur telah sedia menunggu untuk menyambut ketibaan pelajar dan keluarga masing-masing.

Pelbagai acara menarik seperti pertandingan mewarna, sukaneka kanak-kanak dan sekaneka ibu bapa pelajar telah berjaya menghidupkan program hari keluarga tersebut. Dengan bantuan saudara Isha Asmawi yang petah berjaya menceriakan suasana hari keluarga tersebut. Pertandingan sukaneka seperti boling kelapa, lari dalam guni, bola rotan dan tiup belon telah menjadikan pelajar dan ibu bapa seronok dan ceria.

Kebanyakan ibu bapa peserta sangat berpuas hati dengan program hari keluarga PASTI yang dianjurkan dan berharap usaha ini dapat diteruskan setiap tahun kerana ia dapat mengeratkan silaturrahim dan ukhwah sesama Islam.

Program Hari Keluarga PASTI At Taufiq telah dirasmikan oleh Pengerusi PASTI Pekan yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Pekan Sdr. Azizur bin Abdullah. Dalam ucapan perasmian, beliau sempat mengingatkan ibu-bapa tentang peri pentingnya mendidik anak-anak dengan didikan Islan sejak dari awal usia anak-anak. Sekolah pra yang diberi nama PASTI mampu menawarkan produk pendidikan Islam untuk anak-anak awal usia dan ini dapat dibuktikan apabila setiap tahun permintaan untuk memasuki PASTI sentiasa tinggi.

Institusi pra sekolah PASTI At Taufiq adalah dibawah kelolaan Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan. Kejayaan Dewan Pemuda PAS mengendalikan 4 buah PASTI diseluruh Daerah Pekan patut diberi pujian.

Pihak penganjur ingin merakamkan ucapan terima-kasih diatas penyertaan ibu-bapa pelajar PASTI pada program hari keluarga tersebut dan mengucapkan jutaan terima-kasih kepada AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan, Sdr. Syed Hasnol, Sdr. Naim, Sdr. Nazhar, Abang Wan Zainuddin, Abang Par kerana telah sama-sama menjayakan program Hari Keluarga PASTI At Taufiq.

Photo program untuk dikongsi bersama ;


PAS LENGGONG

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

PAS LENGGONG


Bongkar penyelewengan daftar undi SPR seterusnya

Posted: 17 Jul 2011 11:23 PM PDT

PUNYALAH banyak sangat bukti-bukti penyelewengan daftar undi di dalam database Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR sampai ReJaM© dah tak tahu nak letak tajuk apa untuk entry kali ini.

Satu lagi penyelewengan dibongkarkan selepas berpuluh penyelewengan yang sudah-sudah dikeluarkan sebelum ini. Kali ini, nampaknya pemegang kad pengenalan lama bernombor H0871728, memiliki dua nombor mykad (700420-12-5991 dan 700420-12-6003) dan dua nama yang hampir sama iaitu HOSNI BIN RAJA dan HUSNI BIN RAJA.

Apa yang paling penting, makhluk ini memiliki dua alamat yang berbeza yang membolehkannya untuk mengundi lebih dari satu kali pada pilihanraya umum nanti. Inilah yang dipanggil makhluk celaka, jadi kambing lagi baik!




Seperti biasa, untuk mengesahkan bahawa maklumat ini adalah maklumat yang benar, bukan rekaan MiLo SuaM, bukan cerita bohong, bukan hikayat dongeng, silalah ke website rasmi SPR dan semaklah sendiri klik sini [SPR].

Terlalu banyak bukti penyelewengan di dalam daftar undi SPR telah dibongkarkan. Jika SPR masih tak mahu menggunakan cap jari kekal seperti yang terdapat di dalam tuntutan BERSIH 2.0, bagi mengelakkan orang yang sama mengundi dua kali, maka BERSIH 3.0 wajib dilaksanakan! BN nak kata perhimpunan haram pergi mati sama dia

Kalau pakai dakwat kekal pastinya dia akan mengundi sekali sahaja.

Dr Lo' Lo

Posted: 17 Jul 2011 10:58 PM PDT

Oleh : Dr. Mujahid Yusof Rawa

Nama Dr Lo'Lo' agak sukar dilafazkan kerana ia berasal dari bahasa Arab yang bermakna permata mahal dari lautan. Jikalau dalam Bahasa Arab pun sebutannya susah disebut, tetapi bertentangan dengan tuan tubuh yang benama Lo'Lo' beliau seorang yang mudah dan senang bergaul.


Sifat ramah dan tamahnya sesekali sebagai ibu, kakak dan kawan membuatkan kita amat selesa berada dalam persahabatannya.Lo'Lo' tidak pernah mengecewakan permintaan rakan seperjuangannya dan selalu mendahulukan urusan parti dari kepentingan dirinya malah keluarganya sendiri. Selalu beliau bergurau dengan saya, tatkala saya membuat komplen terlalu sibuk dengan parti.

Dr Lo'Lo' menjawab awak takpalah muslimin (lelaki), saya muslimat terpaksa tinggalkan suami di rumah untuk urusan parti. Mendengar gurauan itu, ia benar-benar menyusup ke dada saya tentang kecekalan seorang sahabat dan seorang yang saya anggap kakak saya. Berita pemergiannya menyentap hati dan sanubari kerana suka duka kenangan seorang muslimat Pas yang bernama Dr Lo'Lo' Ghazali. Saya mula mengenali Dr Lo'Lo' semasa dalam kepimpinan pemuda dalam beberapa program parti.

Kakak saya Aida Binti Haji Yusof Rawa seorang aktivis muslimat memperkenalkan saya dengan Dr Lo'Lo, malah Dr Lo'Lo' pernah menghadiri perhimpunan keluarga kami bagi meraikan keluarga besar Haji Yusof Rawa. Beliau diberi ruang berucap dan memuju Haji Yusof Rawa sebagai mempunyai keluarga yang besar dan anak-anaknya mampu menghimpunkan seluruh keluarga. Kehadiran Dr Lo'Lo' dalam majlis kami hari itu cukup menyerikan dan saya masih terkenang itulah pertama kali saya mengenali beliau dengan cara dekat.

Mulai itu saya menjadi rakan seperjuangannya apatah lagi semasa berada bersama dlam AJK Pas Pusat. Banyak masa bersama Dr Lo'Lo' ialah semasa kempen PRK. Beliau akan senantiasa aktif berkempen secara agresif dan kadang-kadang tak terdaya saya mengejarnya. Selalu beliau akan mengejek saya secara berseloroh: "Macamana ni muslimin (lelaki) dah tak larat, kami muslimat boleh jalan lagi ni" kecuali PRK Bagan Pinang, langkahnya perlahan malah dilihat tercungap-cungap keletihan.

Walaupun saya dah biasa dengan Dr Lo'Lo' dalam siri-siri kempen, kali ini saya merasai Dr Lo'Lo' agak keletihan. Beliau menjawab, dia tak berapa sihat, malah dia cuma mampu berada sehari dua sahaja di Bagan Pinang. Saya merasa kekok bila Dr Lo'Lo' tidak hadir malah pernah menaliponnya, lalu dia menjawab tak berapa sihat.

Saya pernah bersama Dr Lo'Lo' bermusafir ke luar negara dalam rombongan ahli Parlimen ke Gaza sejurus setelah Gaza di tawan Israel. Semangatnya yang cekal untuk bersama 10 orang ahli Parlimen PAS memang mengkagumkan. Sepanjang perjalanan beliau nampak bersemangat walaupun kami terpaksa beberapa hari di perbatasan Mesir dalam kesejukan. Begitu juga terpaksa melalui jalan darat ke Jordan, Syria, Dr Lo'Lo' tetap bersemangat.

Sememangnya semangat Dr Lo'Lo' terhadap perjuangan Palestine memang kental, malah dalam perjalanan beliau membeli mafla bersimbolkan Palestine itu dan memberikannya setiap seorang. Selebihnya saya membeli 10 mafla Palestine untuk saya agih-agihkan pada sahabat-sahabat di Malaysia. Sambil dia mengemaskan saya mafla Palestine dia berseloroh lagi "tak dapat pergi Gaza pun, promosi mafla Hamas pun dah kira pahala tu".

Ada juga peristiwa lucu ketika kami tersadai di Lapangan Terbang Damaskus gara-gara imigresen yang melambat-lambatkan kami. Dr Hatta yang terkenal kerana gurauannya yang tak kira tempat, berseloroh dengan kami sambil kami duduk di lantai dewan ketibaan.

Kata Dr Hatta sambil menunjukkan tangannya: "Ini orang-orang gaji yang tak ada tuan yang nak ambil depa, yang ini (tunjuk kepada Dr Lo'Lo') mahal sikit sebab dia putih yang ini (tunjuk kepada Dr Maria) murah sikit sebab hitam . . ." Kami tertawa dengan gelagat Dr Hatta dan Dr Lo'Lo' menampakkan wajahnya kemerahan nak tergelak dan marah pun ada. Itulah telatah bersama Dr Lo'Lo' dalam bermusafir ke Mesir, Syria dan Jordan.

Dalam Parlimen Dr Lo'Lo' sebagai Ahli Dewan Rakyat Titiwangsa, sememangnya lantang dalam Parlimen khususnya dalam soal-soal menegakkan keadilan dan membela isu Kampong Baru yang hendak diperbadankan.

Saya masih ingat semasa kempen GMI atau Gerakan Mansuhkan ISA, Dr Lo'Lo' dilihat mengedar badge GMI di Parlimen termasuk kepada wakil rakyat BN. Apa lagi, marahlah mereka dalam dewan kerana sikap "persuasive" Dr Lo'Lo' berkempen. Termasuk ketegasan Dr Lo'Lo' ialah tentang rokok, saya masih ingat perdebatan hangat di dewan tentang penajaan syarikat tembakau dalam sukan bolasepak.

Dr Lo'Lo' bertegang leher dengan Ahli Dewan Rakyat Arau, Yb Ismail Kassim yang bertegas bahawa jika tidak ada penajaan syarikat tembakau maka sukan bolasepak khususnya akan bungkus. Dr Lo'Lo' tetap bertegas bahawa tidak ada bezanya penajaan sukan dan bahaya merokok.

Saya turut menyokong soal rokok ini di mana saya pernah mencadangkan supaya Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa pengharaman rokok, Dr Lo'Lo' menyokong penuh saranan ini dan telah menjadi berita yang dipetik dalam hampir semua akhbar termasuk akhbar Cina.

Semasa sesi Parlimen terakhir baru-baru ini saya terkejut kerana diminta bertukar tempat dengan Dr Lo'Lo' yang asalnya berada di blok hadapan dan saya di blok belakang berjiranan dengan konsensus bebas. Kerana keuzuran, ADR Titiwangsa itu terpaksa berkerusi roda dan kerana itu perlu berada di blok belakang dan tempat saya menjadi pilihan menukar.

Saya dan saya yakin, ramai dari kalangan wakil rakyat Pakatan dan BN akan merindui suara lantang Dr Lo'Lo'. Saya yakin pengundi beliau juga akan merindui Dr Lo'Lo' khususnya kebajikan yang diusahakan.

Dalam parti Dr Lo'Lo' sememangnya sinonim dengan Lujnah Kebajikan dan tagline Kami Prihatin adalah usaha beliau yang menjadi slogan kebajikan Pas. Termasuk usaha Dr Lo'Lo' ialah memberi makan kepada warga Chow Kit dan usaha itu terus dijalankan hingga hari ini. Dr Lo'Lo' juga cuba untuk memastikan isu wanita menjadi inklusif dalam ruang ligar perjuangan Pas dan sikap keterbukaan Dr Lo'Lo' amat disenangi oleh semua pihak khususnya dalam advokasi hak-hak wanita di Malaysia dan dunia secara umumnya.

Saya menulis ketika berita Dr Lo'Lo' meninggal dunia tersebar luas dan saya mahu menjadi orang yang pertama mendapat penghargaan menulis tentang Serikandi ini. Mungkin saya tidak mengenali Dr Lo'Lo' sepenuhnya tetapi saya yakin tidak ada siapa yang akan mempertikaikan jikalau saya mengatakan Dr Lo'Lo' adalah permata dari lautan yang mahal nilainya untuk perjuangan ini. Ramai yang mempunyai nama yang hebat tapi tak ramai yang boleh hidup atas nama masing-masing. Al Fatihah buat Dr Lo'Lo'.

Perginya Dr Lo Lo

Posted: 17 Jul 2011 10:49 PM PDT

‎"Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah dia dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia dari segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang lebih baik dari i

PAS Kawasan Miri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

PAS Kawasan Miri


Nasib Ibu Tunggal Yang Mengidap Penyakit Buah Pinggang

Posted: 18 Jul 2011 06:52 PM PDT



Ibu Tunggal Mohon Bantuan
Lahai Jau yang mengidap penyakit buah pinggang

Susulan daripada lawatan sambil menyumbang kepada penduduk setinggan di Pujut 3 bersama Datuk Sri Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Miri berapa hari yang lalu, PAS Miri sekali lagi berkunjung ke rumah sebuah keluarga yang memerlukan bantuan. PAS Miri telah melawat ke rumah Rebecca Ajang anak Lahai Jau di pujut 3 untuk memberi sedikit sumbangan bagi meringankan penderitaan Lahai Jau (ibu Rebecca) yang mengidap masalah buah pinggang seperti yang tersebut dalam surat rayuan beliau. Menurut Rebecca, ibu beliau sudah lama mengidap masalah buah pinggang dan setiap 3 kali seminggu mereka terpaksa berbelanja sebanyak seratus lima puluh ringgit (RM150.00) setiap kali melakukan dialysis di Bulan Sabit Merah Miri. Mereka juga pernah memohon bantuan daripada kebajikan masyarakat namun belum dapat bantuan yang sepatutnya. Rebeca adalah ibu tunggal dan tinggal bersama ibu dan juga dua orang anaknya. Mereka juga hanya bergantung hidup dengan bekerja sendiri. Pendapatan yang tidak seberapa dengan menanggung kos dialysis sudah tentu menyukarkan lagi keadaan kehidupan mereka seharian.


YDP PAS Miri sedang menyampaikan bantuan kepada Ibu Rebecca

Mohon Bantuan Segera
Mereka merayu dan memohon kepada orang ramai dan sesiapa yang sudi menolong meringankan bebanan mereka boleh berhubung terus dengan Rebecca Ajang di talian 0198915991 atau salurkan bantuan terus ke Bank Account beliau seperti tersebut dibawah.
Public Bank Account : 4-5745987-18

PAS Miri Perihatin
Rombongan PAS Miri berbincang dengan keluarga Rebecca

PAS Miri sangat simpati dengan masalah mereka dan menyeru pihak yang berkenaan agar memberi perhatian dan bantuan segera kepada semua kaum yang memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
PAS akan mengamalkan konsep ke arah Negara berkebajikan untuk semua sekiranya diberi peluang memerintah Negara ini. PAS untuk semua.

English version
Single Mothers Needs Helps
Pic1. Jau Lahai suffering from kidney disease
Following the visits contributed to the squatters in Pujut 3 together with Datuk Sri President of PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang in Miri few days ago, PAS Miri again visited a family in need. PAS Miri visited the home of Rebecca Ajang the daughter of Lahai Jau in Pujut 3 to provide some contribution to ease the suffering of Lahai Jau (Rebecca mother) who is suffering from kidney problems as mentioned in her appeal letter. According to Rebecca, her mother had been suffering from kidney problems long time ago and they had to go three times a week and spend a hundred fifty ringgits (RM150.00) each time to do dialysis at the Miri Red Crescent Society. They also seek help from welfare but no respond as it should be. Rebecca is a single mother and lived with her mother and her two children. They are also only dependent on the self-employed. The low income which is not expected to bear the cost of dialysis would complicate their everyday lives matter.

Pic2. PAS Miri chief give contribution to Rebecca mother
Needs Help
They pleaded and appeal to the public and anyone who willing to help lessen the burden they may communicate directly with Rebecca Ajang in line 0198915991 or donations directly to her bank account as mentioned below.

Public Bank Account: 4-5745987-18

PAS Miri Cognizant
Pic3. PAS Miri delegation discussed with the family of Rebecca
Miri PAS is sympathetic to their plight and urged the parties concerned to pay attention and take immediate relief to all those who need help regardless of race, religion and political affiliation. PAS will be implementing the concept to the National welfare for all if given a chance to rule the country. PAS for all.

Penduduk Setinggan Pujut 3 Dapat Sumbangan Dari PAS Miri

Posted: 18 Jul 2011 12:37 AM PDT

Pegawai E-kasih gagal jejak golongan miskin tegar di Bandaraya Miri

Penduduk setinggan Pujut Tiga di Sungai Adong berebut-rebut mengambil bungkusan makanan pemberian PAS.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi menyampaikan bungkusan kepada salah seorang penerima.

Dua bungkus mee hon, sepaket minyak masak dan sekampit gula.. itu saja dari Presiden PAS.





SUNGAI ADONG – Dengan pemberian hanya dua bungkus mee hon, sepaket minyak masak dan sekampit gula, penduduk miskin dan berpendapatan rendah di kawasan setinggan di sepanjang Sungai Adong, Pujut 3 begitu gembira menyambut kunjungan Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Asong Dungau menjinjing bungkusan yang mengandungi mee hon, minyak masak dan gula.



Kunjungan itu diketuai oleh Presiden PAS, Dato Sri Abdul Hadi Awang. Hadir sama Ketua PAS Miri, Jofri Jaraiee dan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita PAS bukan Islam, Madelline Len.


Seramai 134 penerima didaftarkan untuk menerima bantuan tersebut, namun sebahagian daripada mereka begitu teruja sehingga sanggup berebut-rebut mendapatkan bungkusan itu yang disimpan di atas ruangan penyimpanan barang kenderaan pacuan empat roda.
Beberapa penerima yang kebanyakan golongan warga emas dan suri rumah ketika ditemui memberitahu, mereka berasa terharu dengan pemberian tersebut dan tidak menyangka akan diberi mee hon, minyak masak dan gula memandangkan sebelum ini pernah mendapat bantuan yang sama.
Asong Dungau, 76, dari Long Moh, Baram ketika ditemui berkata, bantuan itu amat bernilai bagi golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap seperti mereka.
"Saya pernah meminta bantuan E-Kasih namun tidak berhasil. Saya juga tidak mendapat bantuan beras untuk golongan miskin tegar yang dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini, walaupun saya patut menerima," katanya sambil menjinjing tiga buah beg mengandungi mee hon, minyak masak dan gula.
Paya Jau, 77, dari Long Anyat, Baram pula menambah, setakat ini sudah dua kali PAS memberikan bantuan makanan kepada penduduk setinggan di situ.
"Kami berharap kerajaan dapat memberikan bantuan dan lebih prihatin dengan keadaan kami di sini yang begitu miskin dan daif," katanya yang sudah lebih 30 tahun menetap di kawasan setinggan itu.

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan